Sistem tulisan Hieroglif_Mesir

Nota: Laman ini mengandungi simbol fonetik IPA dalam Unikod. Lihat carta IPA untuk bahasa Inggeris untuk kunci sebutan.

Pada penglihatan, tulisan hieroglif semuanya lebih kurang berbentuk kiasan: aksara-aksara ini melambangkan unsur-unsur nyata mahupun ilusi, adakalanya diolah bergaya atau diringkaskan, namn secara amnya semuanya mudah sekali dikenal pasti bentuknya. Bagaimanapun, bergantung pada konteks, satu aksara yang sama boleh ditafsir macam-macam caranya, iaitu sebagai fonogram (bacaan fonetik), logogram, ataupun ideogram (semagram; "penentu") (bacaan semantik). Penentu itu tidak digunakan sebagai unsur fonetik, tetapi memudahkan pemahaman dengan membezakan perkataannya dari homofon-homofonnya.

Bacaan fonetik

Hieroglif yang biasa ditulis ketika zaman Yunani-Rom

Kebanyakan aksara hieroglif bersifat fonetik, iaitu aksara itu dibaca tidak mengikut sifat visualnya (mengikut resmi teka-teki rebus yang mana, contohnya, gambar mata boleh melambangkan perkataan Inggeris eye dan I [kata ganti nama pertama]). Maka terrbentuknya fonogram, sama ada satu konsonan (aksara mono- atau uniliteral) dua konsonan (aksara biliteral) mahupun tiga (aksara triliteral). 24 aksara uniliteral membentuk abjad hieroglif lengkap. Tulisan hieroglif Mesir tidak termasuk aksara vokal, oleh itu dianggap sebagai sejenis abjad konsonan, sama dengan abjad Arab.

Daripada itu, tulisan hieroglif yang melambangkan itik disebut dalam bahasa Mesir berbunyi sȝ, iaitu konsonan-konsonan yang membentuk perkataan bagi itik. namun begitu, hieroglif itik ini boleh juga dipakai tanpa kena-mengena dengan maksud asalnya asalkan dapat melambangkan fonem sȝ, tanpa mengira apa-apa bunyi vokal yang mengiringi konsonan-konsonan ini, maka ditulisnya kata-kata berikut: sȝ, "anak lelaki," atau apabila diiringi aksara-aksara yang dibutirkan selanjutnya dalam catatan, sȝ, "simpan, perhati"; dan sȝṯ.w, "tanah kasar". Contoh:

 – aksara sȝ;

 – aksara sama yang hanya dipakai mengikut konteks untuk melambangkan "itik", atau "anak lelaki" apabila adanya penentu yang bersesuaian, kedua-dua kata ini sama konsonannya; erti garis mencancang dijelaskan selanjutnya:


 – aksara sȝ dalam kata sȝw, "simpan, perhati"

Sama seperti abjad Arab, bukan semua bunyi vokal ditulis dalam tulisan hieroglif Mesir; adanya pertikaian sama ada wujudnya aksara vokal sama sekali. Mungkin juga macam bahasa Arab, bunyi-bunyi separa vokal /w/ dan /j/ (seperti huruf W dan Y) juga melambangkan nunyi vokal /u/ dan /i/. Dalam transkripsi moden, huruf e dibubuh di antara huruf konsonan untuk memudahkan sebutan. Contohnya, nfr "bagus" biasanya ditulis nefer. Ini tidak mencerminkan bunyi vokal Mesir yang dikaburi peredaran zaman, sebaliknya cuma kebiasaan moden. Begitu juga, fonem ȝ dan ʾ sering ditransliterasi menjadi vokal a.

Tulisan hieroglif ditulis dari kanan ke kiri, kirik ke kanan, ataupun atas ke bawah, tetapi biasanya kanan ke kiri. Pembacanya mesti mengambil kira arah haluan aksara-aksara tak simetri ini agar dapat mengenal pasti urutan pembacaan yang sebetulnya. Contohnya, jika hieroglif manusia dan haiwan menghadap ke arah kanan (iaitu memandang ke arah kanan), maka bacaannya dari kanan ke kiri, begitu juga sebaliknya, maka ideanya adalah aksara hieroglif memandang ke arah permulaan baris.

Begitu juga dengan kebanyakan tulisan purba, kata-kata tidak dipisahkan oleh jarak atau tanda baca. Walaupun begitu, sesetengah aksara hieroglif tertentu selalu muncul di akhir kata, menmudahkan proses membezakan kata-kata.